top of page

TEMPAT REKREASI SEKITAR SUNGAI PETANI, KEDAH

The Carnivall

The Carnivall adalah taman tema air yang terletak di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. 

 

The Carnivall terletak kira-kira 7 kilometer dari Homestay Iman.

pantai merdeka

Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. 

 

Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.

 

Pantai Merdeka terletak kira-kira 37 kilometer dari Homestay Iman.

HUTAN LIPUR REKREASI TUPAH

Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

 

Hutan lipur rekreasi Tupah terletak kira-kira 15 kilometer dari Homestay Iman.

TANJUNG DAWAI

Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan.

 

Tanjung Dawai terletak kira-kira 25 kilometer dari Homestay Iman.

TAMAN JUBLI PERAK SUNGAI PETANI

Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

 

Taman Jubli Perak Sungai Petani terletak kira-kira 10 kilometer dari Homestay Iman.

bottom of page